Sedang Mengambil Pekerja
Kerja Kosong: Juruteknik Kawalan Serangga
KT Pest Control (Bizme Jaya Enterprise) sedang mencari juruteknik untuk menyertai pasukan kami di Kuala Terengganu. Tiada pengalaman? Anda tetap boleh memohon.
Sepenuh masa
Kuala Terengganu
Latihan disediakan
Skop Tugas
- Menjalankan pemeriksaan dan rawatan anai-anai, tikus, lipas, semut, nyamuk dan serangga perosak lain
- Mengendalikan peralatan semburan, umpan dan rawatan dengan selamat
- Menyediakan laporan kerja ringkas dan gambar sebelum/selepas rawatan
- Berurusan dengan pelanggan secara sopan dan profesional
- Menjaga peralatan dan kenderaan syarikat
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki lesen memandu yang sah
- Sihat tubuh badan, sanggup bekerja di luar serta di ruang siling atau bawah lantai
- Pengalaman pest control adalah kelebihan — tanpa pengalaman juga dialu-alukan
- Menetap di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus atau Marang adalah kelebihan
Kenapa Sertai Kami
Latihan diberi
Belajar kaedah rawatan dan keselamatan racun dengan pasukan berpengalaman.
Kemahiran bernilai
Kawalan perosak ialah bidang yang sentiasa diperlukan oleh rumah, premis dan kerajaan.