Buka setiap hari, 8 pagi hingga 8 malam 011-1212 0786 Sebut harga
Tempah Servis

Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu

Pest Control Kuala Terengganu untuk anai-anai dan serangga perosak

Pasukan tempatan yang memeriksa, merawat dan membuat susulan di rumah, kedai, sekolah dan bangunan kerajaan sekitar Terengganu.

  • Pemeriksaan dahulu, harga dimaklumkan sebelum kerja bermula
  • Basmi anai-anai dengan umpan, suntikan racun tanah atau pra-binaan
  • Tikus, lipas, semut, kelawar, nyamuk dan kutu

Dapatkan sebut harga

Tick masalah anda. Maklumat dihantar terus ke WhatsApp kami.

Masalah serangga * (boleh pilih lebih dari satu)

Selepas WhatsApp dibuka, hantar gambar masalah dan gambar rumah dari luar untuk anggaran lebih cepat. Maklumat borang turut direkod oleh KT Pest untuk tindakan susulan.

Kerja sebenar pasukan kami

Rawatan anai-anai di sekolah dan rumah sekitar Terengganu, termasuk sarang dan ratu anai-anai yang kami jumpa.

Lihat semua gambar
Ratu anai-anai dikelilingi anai-anai pekerja dan askar di dalam sarang
Ratu anai-anaiSelagi ratu hidup, koloni terus membiak.
Juruteknik KT Pest menggerudi lantai koridor sekolah untuk khidmat basmi anai-anai
Gerudi lantai sekolahLubang untuk suntikan racun di sepanjang dinding.
Suntikan racun anti anai-anai ke dalam tanah melalui lantai bangunan
Suntikan racun ke tanahBenteng anti anai-anai di bawah lantai.
Sarang anai-anai yang dibuka menunjukkan ratu anai-anai
Sarang dan ratu anai-anaiKoloni disasarkan, bukan sekadar yang kelihatan.
Juruteknik memasang stesen umpan anai-anai di tepi dinding rumah di Kuala Terengganu
Pasang stesen umpanUmpan di laluan anai-anai sekeliling rumah.
Umpan anai-anai dimasukkan ke dalam stesen umpan dalam tanah
Isi umpanUmpan dibawa pulang untuk hapuskan koloni.
Gerudi lantai berhampiran pintu untuk rawatan tanah anai-anai
Rawatan di pintu masukKusen pintu, laluan biasa serangan anai-anai.
Juruteknik berjaket keselamatan menggerudi lantai bangunan untuk rawatan anai-anai
Rawatan bangunan kerajaanMengikut prosedur keselamatan di tapak.
Sentuh untuk berhenti, tolak untuk pilih, tekan gambar untuk paparan besar.

Masalah serangga perosak biasa di Kuala Terengganu

Cuaca pantai timur yang lembap dan musim tengkujuh membawa corak masalah perosak tersendiri. Inilah yang paling kerap kami jumpa di rumah dan premis sekitar Kuala Terengganu.

Kelkatu selepas hujan lebat
Pada musim tengkujuh (lebih kurang November hingga Mac), kelkatu atau anai-anai bersayap keluar beramai-ramai dekat lampu dan tingkap. Ia tanda ada koloni berhampiran, dan masa yang baik untuk pemeriksaan anai-anai.
Rumah kayu dan rumah kampung
Tiang, lantai dan kekuda kayu pada rumah kampung dan rumah lama lebih mudah diserang anai-anai dari tanah. Rawatan tanah dan sistem umpan membantu melindungi struktur yang masih elok.
Tikus dan lipas masuk ketika hujan
Bila longkang dan kawasan luar basah, tikus dan lipas mencari tempat kering di dapur, siling dan stor. Kedai makan dan restoran di bandar paling terkesan.
Nyamuk dan air bertakung
Hujan berterusan meninggalkan air bertakung dalam bekas, longkang tersumbat dan pasu bunga, tempat nyamuk Aedes membiak. Fogging digabungkan dengan rawatan larvisida memberi hasil lebih baik.

Cara kami bekerja

Dari mesej pertama hingga pemeriksaan susulan.

  1. Hantar masalah

    Isi borang sebut harga, kemudian hantar gambar melalui WhatsApp jika ada.

  2. Pemeriksaan

    Juruteknik datang mengenal pasti punca dan tahap serangan.

  3. Sebut harga & rawatan

    Harga dimaklumkan dahulu, rawatan dijalankan selepas anda setuju.

  4. Susulan

    Pemeriksaan semula atau kontrak berkala jika perlu.

Kawasan yang kami liputi

Pejabat kami di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu. Juruteknik bergerak ke bandar dan kampung di lima daerah ini.

Kuala Terengganu

Chendering, Batu Buruk, Manir, Losong, Gong Kapas, Bukit Besar, Kuala Ibai

Kuala Nerus

Gong Badak, Seberang Takir, Batu Rakit, Tepoh, Bukit Tunggal

Marang

Marang, Bukit Payong, Pulau Kerengga, Alur Limbat, Rusila

Setiu

Bandar Permaisuri, Chalok, Penarik

Hulu Terengganu

Kuala Berang, Ajil

Lokasi anda tiada dalam senarai? Isi borang sebut harga.

Apa kata pelanggan

Ulasan sebenar di Google, dan testimoni dari pelanggan berdaftar.

Ulasan di Google

Sudah guna servis kami? Kongsikan pengalaman anda. Ulasan anda membantu jiran lain memilih.

Testimoni pelanggan

Pelanggan berdaftar boleh menghantar testimoni melalui Portal Pelanggan. Testimoni yang disahkan dipaparkan di sini.

Soalan lazim

Tiada jawapan yang anda cari? WhatsApp kami.

Kawasan mana yang KT Pest Control liputi?

Kami berkhidmat di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu (Kuala Berang), termasuk bandar dan kampung sekitarnya.

Bagaimana nak tahu rumah saya ada anai-anai?

Tanda biasa ialah laluan tanah di dinding, kayu berbunyi kosong bila diketuk, sayap anai-anai berhampiran tingkap dan pintu atau kayu yang mudah reput. Hubungi kami untuk pemeriksaan.

Adakah racun yang digunakan selamat untuk keluarga?

Pasukan bertauliah kami menggunakan kaedah dan bahan kawalan perosak mengikut garis panduan, dan akan memberi nasihat langkah keselamatan sebelum dan selepas rawatan.

Bagaimana nak dapatkan sebut harga?

WhatsApp kami di 011-1212 0786 atau isi borang sebut harga di laman ini. Kami beroperasi Isnin hingga Ahad, 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Di mana pejabat KT Pest Control di Kuala Terengganu?

Pejabat kami di 12-C, Tingkat 1, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu. Juruteknik bergerak terus ke rumah atau premis anda untuk pemeriksaan dan rawatan.

Bila masa terbaik buat rawatan anai-anai di Kuala Terengganu?

Rawatan boleh dibuat sepanjang tahun. Namun jika anda nampak kelkatu atau laluan tanah di dinding, terutama selepas hujan lebat pada musim tengkujuh, buat pemeriksaan secepat mungkin sebelum kerosakan merebak.

Adakah KT Pest ambil kontrak untuk kedai dan pejabat di bandar Kuala Terengganu?

Ya. Kami menyediakan rawatan berkala untuk kedai, restoran, pejabat, sekolah dan bangunan kerajaan di sekitar bandar Kuala Terengganu dan daerah berhampiran.

Pejabat kami

Alamat
12-C, Tingkat 1, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi
Isnin hingga Ahad, 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Telefon & WhatsApp
011-1212 0786

Ada masalah serangga hari ini?

Isi borang ringkas, kemudian hantar gambar melalui WhatsApp. Kami balas dengan nasihat dan anggaran harga.

Telefon Sebut harga