Gel Umpan Lipas
Gel diletakkan di celah dan tempat persembunyian lipas. Lipas memakannya dan menyebarkannya kepada lipas lain di sarang.
Lipas dan semut mudah membiak di dapur, bilik air dan celah perabot. Semburan biasa dari kedai selalunya hanya menghalau buat sementara. KT Pest Control menyasarkan sarang dan tempat persembunyian supaya masalah selesai sampai ke punca.
Jika anda nampak seekor lipas pada waktu siang, kemungkinan besar ada lebih banyak yang bersembunyi.
Lipas berlari bila lampu dapur dibuka pada waktu malam, atau kelihatan pada waktu siang.
Najis halus seperti serbuk lada hitam dan bau kurang menyenangkan di kabinet atau bawah sinki.
Barisan semut menuju makanan, gula atau sisa makanan, dan muncul semula walaupun disembur.
Semut keluar dari celah dinding, soket elektrik atau bingkai tingkap — tanda sarang di dalam struktur.
Lipas boleh membawa kuman dari longkang dan sampah ke permukaan makanan, serta mencetuskan alahan pada sesetengah orang. Semut api dan semut gatal pula boleh menyengat, dan sesetengah jenis semut boleh merosakkan peralatan elektrik.
Kaedah dipilih selepas pemeriksaan, bergantung pada jenis premis dan tahap masalah.
Gel diletakkan di celah dan tempat persembunyian lipas. Lipas memakannya dan menyebarkannya kepada lipas lain di sarang.
Semburan di laluan dan kawasan berisiko untuk perlindungan tambahan, mengikut garis panduan keselamatan.
Untuk restoran, kedai makan dan pejabat — rawatan berjadual supaya lipas dan semut tidak kembali.
WhatsApp atau telefon. Hantar gambar jika ada.
Juruteknik kenal pasti punca dan tahap masalah.
Harga jelas dahulu, kemudian rawatan dijalankan.
Pemeriksaan semula atau kontrak berkala jika perlu.
Kami menjalankan kawalan lipas dan semut di bandar dan kampung sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang, termasuk:
Kuala Terengganu
Kuala Nerus
Marang
Setiu
Hulu Terengganu
…dan kawasan sekitar. Lokasi anda tiada dalam senarai? Tanya kami di WhatsApp.
Harga bergantung pada saiz premis dan tahap serangan. Kami akan beri sebut harga yang jelas selepas pemeriksaan atau berdasarkan gambar yang anda hantar.
Semburan biasa hanya membunuh lipas yang terkena, manakala telur dan lipas di sarang terus membiak. Rawatan profesional menyasarkan tempat persembunyian dan sarang.
Juruteknik akan memberi senarai persediaan ringkas, seperti menyimpan makanan dan pinggan mangkuk, sebelum rawatan dimulakan.
Ya. Kami menyediakan rawatan berkala untuk restoran, kedai makan, kilang makanan dan premis perniagaan.
Hantar gambar masalah lipas atau semut anda melalui WhatsApp untuk nasihat dan sebut harga.
WhatsApp 011-1212 0786Masalah lain? Lihat semua servis kawalan perosak kami.